kepada semua pelajar lepasan SPM
ke mana haluan anda selepas ini?
 myDiploma.net

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melibatkan seramai 395,870 orang calon bermula pada 8 Januari ini sehingga 7 Mac tahun ini. Peperiksaan tersebut melibatkan tiga jenis ujian iaitu ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis. Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula pada 8 hingga 11 Januari tahun ini. Ujian bertutur Bahasa Inggeris pula bermula pada 17 hingga 23 Januari 2024. Ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula diadakan pada 29 Januari 2024. Peperiksaan bertulis pula akan bermula pada 30 Januari sehingga 7 Mac 2024. Peperiksaan SPM kali ini melibatkan 3,340 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dengan seramai 129,636 orang petugas peperiksaan. Sila layari laman lp.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut termasuk untuk memuat turun jadual waktu peperiksaan.

destinasi pilihan untuk anda selepas SPM..

20 Universiti Awam peneraju pengajian tinggi Malaysia Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia 39 universiti swasta (IPTS) yang berkualiti dan tersohor

Kolej prauniversiti (Tingkatan Enam) Kolej universiti seluruh Malaysia Kolej-kolej swasta (IPTS) International Baccalaureate (A-Level) Universiti luar negara kampus Malaysia

Sambung pengajian ke 28 politeknik konvensional, 5 politeknik METrO, atau 3 politeknik premier di seluruh Malaysia Program-program kemahiran yang melahirkan usahawan teknikal untuk memenuhi keperluan negara Program TVET yang menyediakan modal insan berkemahiran untuk sektor industri masa kini dan masa hadapan Program Asasi ('Foundation' di UIA, 'Tamhidi' di USIM) peringkat pra-universiti kendalian IPT di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. APEL-A, laluan alternatif ke universiti tanpa SPM.

| Kementerian Pendidikan | Kementerian Pengajian Tinggi | UPU Online | Malaysian Qualifications Agency (MQA) |
| Semakan Pengiktirafan Kelayakan (eSisraf) | Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) |