myDiploma.net
| Muka Depan | Universiti Awam (UA) | Universiti Swasta | Universiti Luar Negara Kampus Malaysia | Kolej Universiti | Kolej Swasta | Politeknik |
Asasi (Foundation) | Kolej Matrikulasi KPM | Kolej Pra Universiti | Baccalaureate | TVET | GIATMARA Malaysia | A.P.E.L. |

APEL A - Laluan alternatif ke universiti tanpa SPM



Mohon IPT tanpa SPM

Jika tiada SPM atau mana-mana sijil peperiksaan yang setaraf, atau jumlah kepujian dalam SPM tidak mencukupi, anda masih mempunyai peluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Caranya ialah dengan menggunakan APEL, atau istilah yang lebih tepat, Sijil MQA APEL.


Tiada SPMAmbil
Ujian APEL
Dapat Sijil
MQA APEL
Mohon IPT

APEL adalah singkatan bagi 'Accreditation of Prior Experiential Learning atau 'Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu'.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

Perkara asas dalam APEL ialah 'pengalaman terdahulu'. Pengalaman terdahulu inilah yang menggantikan sijil peperiksaan melalui ujian bertulis.

Pengalaman terdahulu yang dimaksudkan itu merangkumi pembelajaran formal atau tidak formal seperti pengalaman berkerja, kursus jangka pendek yang disertai, khidmat masyarakat yang diceburi atau kerja-kerja sukarela yang dijalankan, pembelajaran sendiri atau aktiviti riadah.

Oleh kerana pembelajaran tersebut tidak pernah dinilai melalui peperiksaan sebelum ini, pemohon APEL perlulah mengemukakan bukti tentang 'pengalaman' mereka tersebut. Bukti-bukti tersebut boleh berbentuk laporan, portfolio, projek, prestasi, tugasan bertulis, lisan, atau wawancara, yang akan dinilai oleh MQA.

Sekiranya, 'pengalaman' tersebut memenuhi kriteria tahap tertentu, maka MQA akan mengeluarkan Sijil MQA APEL yang diiktiraf dan boleh digunakan untuk memohon tempat di IPT sama ada untuk ke program sijil, diploma, malah ijazah sekali pun.

Ada dua jenis APEL

Ada dua jenis APEL iaitu:

  1. APEL (A) iaitu Akses ke IPT iaitu untuk tujuan kemasukan terus ke IPT

  2. APEL (C) iaitu pindah Kredit (yang diperkenalkan untuk pengecualian kredit iaitu bagi menilai ilmu yang terkumpulmenerusi pengalaman hidup bagi mendapatkan pengecualian mata pelajaran

  3. APEL (Q) iaitu menganugerahkan kelayakan akademik (sama ada Sijil, Diploma atau Ijazah tanpa perlu melalui mana-mana program di IPT.

APEL (A) telah diperkenalkan pada 2011 manakala APEL (C) mula diperkenalkan dalam tahun 2016. APEL (Q) belum lagi diperkenalkan di Malaysia namun dijangka mula dilaksanakan pada tahun 2020. Beberapa negara maju seperti Australia dan Kanada telah pun memperkenalkan APEL (Q). Di Malaysia pula, APEL (Q) akan diperkenalkan apabila pelaksanaan APEL (C) telah mantap.

Siapa yang mengeluarkan Sijil APEL?

Sijil APEL (A) iaitu untuk tahap Sijil dan Diploma dikeluarkan oleh MQA.

Sijil APEL (C) iaitu untuk tahap Sarjana Muda dan Sarjana dikeluarkan oleh PPA iaitu Pusat Penilaian APEL. Sehingga tahun 2016, hanya ada dua PPA iaitu Wawasan Open University (WOU) dna Open University Malaysia (OUM).


Siapa layak mohon APEL (A)?

  1. Mestilah warganegara Malaysia

  2. Mesti ada pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dengan kursus di IPT yang dipohon

  3. Kelayakan formal (peperiksaan rasmi) hanya perlu jika memohon ke program sarjana iaitu mesti mempunyai STPM atau Diploma atau yang setara

  4. Lulus ujian penilaian APEL yang dikendalikan oleh MQA

  5. Cukup umur minimum semasa memohon iaitu:
    • Sijil - 19 tahun
    • Diploma - 20 tahun
    • Sarjana Muda - 21 tahun
    • Sarjana - 30 tahun

Bagaimana rupa ujian APEL?

Untuk mendapatkan Sijil MQA APEL, pelajar perlu buat dua perkara iaitu:

  1. Menjalani Ujian Aptitude

  2. Menyediakan portfolio

Ujian Aptitude ini terdiri daripada penilaian tentang kebolehan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan pengetahuan am.

Empat Tahap Kemasukan APEL

Sehingga kini penilaian APEL (A) telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu:

  1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3)

  2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4)

  3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)

  4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Bagaimana APEL (A) dinilai?

Untuk mendapatkan Sijil APEL (A), pelajar perlu melalui tiga jenis penilaian iaitu:

  1. Ujian Aptitud

  2. Menyediakan Portfolio

  3. Menghadiri Temuduga

    1. Ujian Aptitud menguji 4 aspek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan AM.

      Portfolio pula ialah kompilasi pengalaman pelajar dalam bidang pekerjaannya.

      Temuduga adalah untuk calon Sarjana sahaja. Temuduga adalah selama 45 minit dan dikendalikan oleh dua orang panel.

      Bagaimana nak mohon APEL?

      Sila lawan laman APEL di sini


© mydiploma.net | 2021