Selepas SPM ke manakah?
Muka Depan |

Pandemik Covid-19 di Malaysia

Semua sekolah ditutup pada sepanjang tempoh PKP / PKPB.
Semua aktiviti PdP di kampus akan dijalankan secara online sehingga 31 Disember 2020



    SPM dan SVM ditunda

  1. Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pada 15 April 2020 lalu, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin mengumumkan tarikh peperiksaan SPM dan SVM ditunda kepada suku pertama tahun depan.

  2. Tarikh Peperiksaan Semester 2 STPM turut dipinda kepada Ogos tahun ini.

  3. Manakala peperiksaan Semester 3 STPM dan STAM diadakan pada suku pertama tahun depan (2021).

  4. UPSR dan PT3 tahun ini dibatalkan

  5. Peperiksaan UPSR dan PT3 bagi tahun ini turut dibatalkan.

  6. Kelas-kelas peperiksaan akan diberikan keutamaan

  7. Sementara pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas yang akan menduduki SPM dan STPM akan diberi keutamaan untuk ke sekolah selepas PKP tamat.

  8. Sekolah masih ditutup

  9. Akhbar tempatan juga melaporkan sekolah masih ditutup hingga kini.

  10. Bilakah sekolah dibuka?

  11. Tarikh pembukaan semula sekolah akan diumumkan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka turut bergantung kepada nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  12. Pelajar sekolah, pelajar Kolej Matrikulasi (KM), pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) masih belum boleh balik ke sekolah / institusi masing-masing.

  13. Semua premis KPM ditutup

  14. Semua premis KPM masih ditutup, iaitu semua prasekolah, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat, pusat tahfiz, kolej dan pusat GENIUS dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti serta Institut Pendidikan Guru (IPG) ditutup sepenuhnya selama dalam tempoh PKP.

  15. Pada 27Mei 2020, KPT memaklumkan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian (online) sehingga 31 Disember 2020.

  16. Sehubungan dengan No. 10 di atas, semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak digalakkan.

COVID-19 ialah penyakit yang dibawa oleh virus corona yang mula dikesan di dunia dalam bulan Disember 2019 di Wuhan, China.

Nama saintifik virus ini ialah SARS-CoV-2.

Mula-mula dulu macam-macam nama diberikan kepada virus ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan nama 'koronavirus baru 2019'. Ada pihak media yang memanggil virus ini sebagai 'koronavirus Wuhan' dan menggelarkan penyakit ini sebagai 'radang paru-paru Wuhan'. Akhirnya pada 11 Februari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan nama rasmi penyakit ini, iaitu 'COVID-19'.

COVID-19 bermakna COrona VIrus Diseases yang muncul dalam tahun 2019.

Virus ini kononnya berasal dari kelawar. Namun Amerika Syarikat menuduh kerajaan China menghasilkan sendiri virus ini di makmal.

COVID-19 ialah pandemik - iaitu sejenis wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas sehingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Virus ini menyerang sistem pernafasan manusia dan boleh membawa kematian.

Sehingga 30 Mei 2020, sudah ada 5.95 juta kes dilaporkan di 188 negara di dunia yang membawa sejumlah 365,000 kematian. Seramai 2.51 juta orang berjaya sembuh.

Antara petanda awal pandemik COVID-19 ini ialah:

  • demam
  • batuk
  • keletihan (tak bermaya)
  • kesukaran bernafas
  • kehilangan deria bau dan rasa

Namun ada juga pesakit yang tidak menunjukkan apa-apa petanda awal langsung.

Sehingga kini, masih belum ditemui vaksin atau penawar untuk penyakit ini.

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di Malaysia pada 25 Januari 2020.

Dalam bulan Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap peningkatan kes positif yang mendadak di Malaysia.

Pada 13 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020 untuk memutuskan rantaian COVID-19 dan mengekang pertambahan kes positif dalam negara.


mydiploma.net | 2020 | mydiplomanet@gmail.com