myDiploma.net
| Muka Depan | Universiti Awam (UA) | Universiti Swasta | Universiti Luar Negara Kampus Malaysia | Kolej Universiti | Kolej Swasta | Politeknik |
Asasi (Foundation) | Kolej Matrikulasi KPM | Kolej Pra Universiti | Baccalaureate | TVET | GIATMARA Malaysia | A.P.E.L. |

International Baccalaureate?



International Baccalaureate

Program International Baccalaureate (IB) atau International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) ialah salah satu dari program pra-universiti di Malaysia (selain dari tingkatan enam dan matrikulasi).

Program ini adalah program antarabangsa yang dibangunkan di Geneva, Switzerland dan sudah semestinya juga diiktiraf oleh institusi pendidikan antarabangsa. Dikatakan sebanyak 100 negara mengiktiraf peperiksaan ini.

Siapa boleh mohon?

Lepasan SPM atau lepasan peperiksaan O-Level dan berumur antara 16-19 tahun. Para lepasan SPM memerlukan minimum 5C untuk mengambil IB. Tempoh pengajian Diploma International Baccalaureate ialah selama dua tahun (24 bulan) yang merangkumi empat semester dengan 20 minggu bagi setiap semester.

Tujuan ambil International Baccalaureate

Sama seperti program prauniversiti yang lain, tujuan ambil International Baccalaureate adalah untuk masuk universiti.

Di mana boleh ambil International Baccalaureate

Buat masa ini, program ini ditawarkan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (mulai 2011), Kolej Tunku Kursiah, Negeri Sembilan (mulai 2016), dan sekolah antarabangsa (international school) yang terkenal seperti International School of Kuala Lumpur di Ampang, Mont Kiara International School di Mont Kiara Kuala Lumpur, Nexus International School di Putrajaya, dan International School of Penang di Pulau Pinang.


mydiploma.net | 2022