myDiploma.net
Universiti AwamUniversiti SwastaKolej UniversitiKolej Matrikulasi
IPTSPoliteknikTVETTingkatan Enam
Asasi (Foundation)APELKolej IslamInternational Students

Kolej Islam di Malaysia

  • Kolej Islam As Sofa
    Lokasi: D-1-03, Jalan 16A Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor. Hasrat penubuhan: Ingin mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang benar-benar bertunjangkan asas Ahli Sunnah wal Jamaah, demi melahirkan lebih ramai ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang akan dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

  • Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
    Lokasi: Nilam Puri, 15730 Kota Bharu Kelantan. Visi: Ingin menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang terunggul Misi: Bertekad untuk melahirkan graduan yang progresif, berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia yang dapat memberi khidmat kepada ummah dengan penuh dedikasi dan berkesan.

  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
    Lokasi: Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. Berasal dari Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR). Naik taraf menjadi kolej universiti dalam tahun 2004. Matlamat penubuhan adalah untuk membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman. Misi: Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah. Visi: Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

  • Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS)
    Lokasi: Lot 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26 & 27, Rumah Kedai Dua Tingkat, Taman Seberang Jaya Fasa 3, 02000 Kuala Perlis, Perlis. A unique educational institution based on fund development and generations of human resources through the concept of the Waqf Education Program (PWP).

  • Kolej Universiti Islam Melaka
    Lokasi: Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka. Misi: Melaksanakan usaha pendidikan dan pengembangan jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berwadahkan islam. Visi: Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam pengajian yang berteraskan Islam.

  • Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
    Lokasi: Jalan Heman, Kampung Aman, 80350 Johor Bahru, Johor. Visi: Menjadi pusat pengajian tinggi Islam yang profesional dan diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Misi: Melahirkan ilmuwan Muslim dalam mengembangkan dakwah Islamiah untuk kecemerlangan ummah.

  • Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
    Milik penuh kerajaan negeri Pahang. Lokasi: KM 8, Jalan Gambang 25150, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Visi: Menjadi Pusat Kecemerlangan Ilmu dan Keterampilan Insan. Misi: Beriltizam meningkatkan kualiti akademik yang mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli bagi melahirkan individu yang seimbang, berdaya saing dan bersahsiah, melalui budaya pengurusan, profesional dan persekitaran yang kondusif.

  • Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
    Lokasi: Bangunan Tahfiz, Kompleks Masjid Negeri Pulau Pinang Jalan Air Hitam 11400 Georgetown Pulau Pinang. Sebuah institusi pengajian yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam menyediakan kursus pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk para pelajar, sesuai dengan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

  • Kolej Islam Antarabangsa
    Lokasi: No. 1, Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur. Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris. Visi: To be the preffered educational institution that is imbued with Islamic values. Misi: Committed to integrate Islamic Values in their programme, to produce well balanced personalities, high quality education outcome, and globally accessible and accepted. Dimiliki oleh IIUM Holding yang merupakan anak syarikat milik penuh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.