myDiploma.net
Laman Utama

Kolej Matrikulasi KPN


Program matrikulasi ialah program persediaan prauniversiti yang disediakan untuk lepasan SPM. Selepas tamat program tersebut, mereka yang layak akan terus melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Sebelum ini, program matrikulasi ini dikendalikan sendiri oleh Universiti Awam. Masing-masing universiti mempunyai cara dan corak pelaksanaan yang tersendiri. Selepas menamatkan matrikulasi, pelajar akan terus melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti yang sama.

Namun bermula pada tahun 1999, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyatukan dan mengambilalih program matrikulasi ini. Tujuannya ialah untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Kini, program matrikulasi ini dikenali sebagai Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula pada tahun 2016, lulusan matrikulasi KPM akan menerima sijil. Tujuannya ialah supaya lepasan matrikulasi ini mudah memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Mulai tahun 2008, KPM telah memperkenalkan program matrikulasi teknikal iaitu khusus untuk bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) lulusan Sains Teknikal di beberapa kolej di Pendang, Jengka, dan Pontian.

  1. Kolej Matrikulasi Perlis
    02600 Arau, Perlis
  2. Kolej Matrikulasi Kedah
    06010 Changlun, Kedah
  3. Kolej Matrikulasi Perak
    31600 Gopeng, Perak
  4. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
    72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  5. Kolej Matrikulasi Melaka
    78300 Masjid Tanah, Melaka
  6. Kolej Matrikulasi Johor
    84900 Tangkak, Johor
  7. Kolej Matrikulasi Pahang
    26300 Gambang, Pahang
  8. Kolej Matrikulasi Labuan
    87027 WP Labuan
  9. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
    13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
  10. Kolej Matrikulasi Selangor
    42700 Banting, Selangor
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan
    16810 Selising, Kelantan
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak
    93457 Kuching, Sarawak

  13. Kolej Matrikulasi MARA
  14. Kolej MARA Kuala Nerang
    06300 Kuala Nerang, Kedah
  15. Kolej MARA Kulim
    09000 Kulim, Kedah

  16. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan
  17. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
    06720 Pendang, Kedah
  18. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
    26400 Bandar Jengka, Pahang
  19. Kolej Kejuruteraan Johor
    82000 Pontian, Johor

Pengambilan Sesi 2019/2020

Permohonan ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di kolej-kolej matrikulasi bagi tahun pengambilan 2020/2021 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI) yang dibuka kepada capaian semua pemohon bermula pada bulan Julai 2019. Tarikh tutupnya pula ialah pada bulan November 2019. Pengambilan untuk sesi 2019/2020 telah tamat pada 30 November tahun lepas.

Program yang ditawarkan adalah:

  • Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
  • Program Matrikulasi Empat Semester

Manakala jurusan yang ditawarkan pula ialah:

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Kejuruteraan
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2020. Pemohon terlebih dahulu perlu membeli nombor PIN lima digit (nombor pengenalan individu) dengan bayaran RM10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tanpa no PIN ini, pemohon tidak boleh mengakses borang permohonan atas talian. Pemohon boleh membuat permohonan di atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan dan nombor PIN lima digit tadi.

STPM lagi sukar?

Sebelum ini ada dakwaan bahawa program matrikulasi tidaklah seketat atau sesusah peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan). Ada tuduhan bahawa program matrikulasi KPM ini bertujuan untuk membantu pelajar bumiputera masuk ke Universiti Awam dengan mudah. Apatah lagi program matrikulasi KPM ini diperkenalkan selepas kuota berdasarkan kaum untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam telah dimansuhkan.


© mydiploma.net | 2022