myDiploma.net
Universiti AwamUniversiti SwastaKolej UniversitiKolej Matrikulasi
KolejPoliteknikTVETTingkatan Enam

Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia pada taun 1969 dan politeknik pertama ialah Politeknik Ungku Omar di Ipoh. Politeknik sekarang ini dijadikan peneraju bidang TVET. Sekarang ini ada 36 Politeknik di seluruh Malaysia. Bilangan Kolej Komuniti pula ialah 100. Ada tiga kategori politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional, dan Politeknik METrO.

Kenapa Memilih Politeknik dan Kolej Komuniti?
  • Intitusi milik penuh kerajaan

  • Lokasi di seluruh negara

  • Peluang pekerjaan yang cerah

  • Program pengajian diiktiraf MQA

  • Yuran pengajian yang berpatutan

  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi


Siapa yang boleh memohon?
  • Lepasan SPM
  • Pemegang Sijil Politeknik
  • Lepasan Kolej Komuniti
  • Lepasan Institut Kemahiran Mara
  • Lepasan Institut Pertanian
  • Lepasan Institut Kemahiran Tinggi PERDA
  • Lepasan Kemahiran Malaysia (SKM)

Pelajar yang telah tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti dan ingin memohon ke pengajian peringkat diploma di Politeknik mestilah memiliki HPNM sekurang-kurangnya 2.90 dan setahun pengalaman selepas tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti. Jika HPNM kurang daripada 2.90, pemohon mestilah mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun.

Permohonan Baru Kemasukan 2019

Dalam setahun ada dua kali kemasukan ke Politeknik. Kemasukan Sesi Jun 2019/2020 (25 Februari 2019 hingga 2 April 2019) sudah tamat.

Kemasukan baru untuk Sesi Disember 2019 akan dibuka mulai 30 Ogos 2019 untuk program-program berikut:

  • Sijil Kolej Komuniti

  • Sijil Kemahiran Khas Politeknik

  • Pra Diploma Politeknik

  • Diploma Politeknik

  • Diploma Kolej Komuniti


Yuran Pengajian

Berapakah jumlah yuran yang dikenakan oleh Politeknik?

Yuran Pengajian - RM200.000 setiap semester
Yuran Asrama - RM60.000 setiap semester
Bayaran Pendaftaran - RM600.00 (anggaran, dan ditetapkan oleh masing--masing politeknik

Bagaimana Memohon?

Permohonan akan dibuka secara atas talian di //ambilan.mypolycc.edu.my. Calon-calon yang telah menerima Pra Tawaran Sesi Disember 2019 boleh mula membuat persetujuan dan cetakan surat tawaran mulai 09 Ogos 2019 jam 5.00 petang.

Jika telah memohon, semakan permohonan boleh dibuat di politeknik.edu.my/semakanpoliteknik