TVET Malaysia
myDiploma.net
Universiti AwamUniversiti SwastaKolej UniversitiKolej Matrikulasi
Kolej SwastaPoliteknikTVETTingkatan Enam
TVET


Kepada semua lepasan SPM, sekiranya anda gagal menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA), anda boleh cuba untuk menyambung pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional melalui TVET.

TVET ni apa sebenarnya? TVET (Technical and Vocational Education and Training) ialah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. TVET merangkumi pengetahuan dan kemahiran teknikal. Ada banyak peringkat pengajian dalam TVET. Antaranya ialah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM tahap 1,2,3), Diploma Kemahiran, dan Ijazah Teknologi Kejuruteraan (B. Tech).

Institusi TVET

TVET sebenarnya telah bertapak di Malaysia iaitu sejak tahun 1964 lagi untuk menyediakan latihan kemahiran kepada para belia. Pada masa itu, hanya ada dua agensi kerajaan yang menawarkan pengajian TVET ini iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua (di Hulu Langat, Selangor) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur.

Kini terdapat lebih kurang 1300 institusi TVET yang diuruskan oleh badan kerajaan dan swasta. Institusi TVET ini menawarkan pelbagai jenis kursus kemahiran yang selari dengan kehendak pasaran industri semasa.

Memohon TVET

Ada dua laluan ke TVET iaitu melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau melalui Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pengajian sama ada dalam bidang sijil atau diploma. Untuk pelajar yang kurang cenderung dalam bidang akademik pula disediakan program khas Sijil dan Sistem Latihan Dua Nasional.

Sedikit lagi tentang TVET

TVET ialah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai halatuju pekerjaan dengan penekanan utama kepada amalan industri. TVET melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang teknikal tertentu. Skop TVETadalah berdasarkan kepada standard pekerjaan yang diiktiraf dengan memberi penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan industri.

Ciri Pembelajaran TVET

Pelajar TVET secara umumnya adalah mereka yang suka mencuba sesuatu yang baru yang lain dari kebiasaan. Misalnya, mereka gemar bertukang dan menggunakan peralatan mesin.

Pengajaran TVET dapat meningkatkan kemahirn diri dan memupuk keinginan untuk sesuatu pembaharuan melalui eksperimen.

Bidang TEVT melatih pelajar untuk hidup berdikari dalam sesuatu bidang. Antaranya ialah melahirkan usahawan. Ini kerana usahawan ialah orang yang tidak terikat dengan kaedah sesuatu perniagaan. Sebaliknya, usahawan sentiasa melahirkan idea-idea baru untuk memajukan bidang yang diceburi.

Bidang TVET mampu melahirkan pekerja mahir dan terlatih selain dari mencipta pekerjaan sendiri melalui pengalaman kemahiran dipelajari selama ini.

Bidang TVET sangat mementingkan kebolehpasaran masa kini. Setiap bidang TEVT dirangka untuk memenuhi keperluan dan permintaan kerjaya masa kini.

Pengajian TEVT lebih bersifat praktikal dan teknikal. Pelajar TVET lebih banyak didedahkan kepada penggunaan teknologi berbanding dengan pelajar bidang akademik yang lain. Dalam erti kata lain pengajaran dan pembelajaran TVET memang tidak membosankan.

Pelajar semester akhir akan terlibat dengan latihan industri. Latihan industri seumpama ini akan mendedahkan pelajar kepada situasi dunia pekerjaan yang sebenarnya.

Pelajar TVET diasuh supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan kemampuan menyesuaikan diri apabila mula menceburi dunia pekerjaan kelak.

Kerajaan telah memperuntukkan RM4.9 bilion untuk melaksanakan pelan induk TVET Malaysia

KelebihanTVET

Lulusan TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding dengan lulusan program akademik. Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.

Kepentingan TVET kepada negara

TVET umpama satu saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan selain daripada menjadi engin pembangunan negara. TVET dapat memenuhi hasrat negara untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.