myDiploma.net
Universiti AwamUniversiti SwastaKolej UniversitiKolej Matrikulasi
Kolej SwastaPoliteknikTVETTingkatan Enam
Universiti Awam (UA)

Dulu disebut IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dan sekarang disebut Universiti Awam (UA). Perubahan ini berlaku pada bulan Mac 2015 apabila istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah digantikan dengan Universiti Awam (UA), manakala IPTA pula diguna bagi merujuk kepada Kolej Komuniti dan Politeknik.

Ada tiga kategori Universiti Awam iaitu

  1. Universiti Penyelidikan
  2. Universiti Berfokus
  3. Universiti Komprehensif

Universiti Penyelidikan


Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
Universiti Awam tertua dan paling unggul di Malaysia. Ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 apabila King Edward VII College of Medicine (1905) digabungkan dengan Raffles College (1928). Peneraju dalam bidang penyelidikan.

Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Universiti Awam kedua tertua di Malaysia selepas Universiti Malaya. Ditubuhkan pada tahun 1969 dengan nama Universiti Pulau Pinang. Menggunakan nama sekarang sejak 1971.


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
Universiti Awam ketiga di Malaysia. Ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Lahir hasil dari hasrat dan aspirasi orang Melayu yang mahukan sebuah universiti bertaraf kebangsaan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.

Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor
Ditubuhkan pada 29 Oktober 1971 dengan nama asal Universiti Pertanian Malaysia setelah digabungkan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dengan Kolej Pertanian Malaya Serdang.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor
Universiti Awam yang unggul dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi. Ditubuhkan pada 14 Mac 1975. Mempunyai kampus di Skudai, Johor, dan kampus cawangan di Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak), Kuala Lumpur.

Universiti Komprehensif


Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
Bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority. Merupakan universiti awam terbesar di Malaysia. Kini mempunyai 138 program pengajian.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor
Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sesuai dengan tarafnya sebagai universiti antarabangsa.

Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah
Universiti Awam kesembilan di Malaysia. Ditubuhkan pada 1994. Kampus induk terletak di Telok Sepanggar dan kampus cawangan di Labuan

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak
Universiti Awam kelapan di Malaysia. Ditubuhkan pad 24 Disember 1992 dan mula beroperasi pada 8 Ogos 1993 dengan kumpulan pertama 118 pelajar.

Universiti Berfokus
Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah
Universiti Awam keenam negara. Ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Terkenal dengan bidang pengurusan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tg Malim, Perak
Ditubuhkan pada 1 Mei 1997. Mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor
Ditubuhkan pada 16 September 1993 melalui Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pada 12 April 1996, nama tersebut telah ditukarkan kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Pada 30 September 2000, ITTHO dinaikkan ke taraf universiti awam dengan nama baru Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pada 1 Februari 2007, nama KUiTTHO ditukarkan pula kepada nama yang ada sekarang iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal, Melaka
Ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan universiti awam ke-14 negara. Merupakan universiti teknikal awam pertama di Malaysia. Selain dari kampus induk di Durian Tunggal, terdapat kampus cawangan iaitu Kampus Teknologi Ayer Keroh dan Kampus Bandar di bandar Melaka.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Perlis
Nama adal UniMAP ialah Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang ditubuhkan pada 25 Julai 2001. Pada 1 Februari 2007, nama KUKUM ditukarkan kepada UniMAP. Kampus induk UniMAP terletak di dua lokasi iaitu di Pauh Putra an di Sg Chuchuh. Buat masa ini, kampus UniMAP bersifat 'kampus bertaburan' dan beroperasi di beberapa lokasi kampus lain seperti di Kangar dan Jejawi. Ada jenaka yang menyebutkan yang UniMAP bukan berada di dalam Perlis, tetapi Perlis berada di dalam UniMAP.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Terengganu
Bermula dengan Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan, Pahang
Sebuah universiti teknikal yang ditubukan dalamtahun 2002.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan
Merupakan universiti Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Beberapa hospital digunakan untuk tujuan pembelajaran seperti Hospital Ampang, Selangor; Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh; Hospital Tampin dan Jelebu.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terenganu
Ada tiga kampus utama iaitu Kampus Gong Badak di Kuala Nerus, Kampus Perubatan di Kuala Terengganu dan Kampus Besut di Besut.
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kelantan
Ditubuhkan dalam tahun 2007. Peneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 untuk menjalankan program pengajian peringkat sarjana muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia. Pada 10 November 2006, ATMA diwartakan sebagai sebuah universiti dengan nama baru Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Semua graduan ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan akan berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat (ATM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Utara (TUDM).
Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) Perak