myDiploma.net
| Muka Depan | Universiti Awam (UA) | Universiti Swasta | Universiti Luar Negara Kampus Malaysia | Kolej Universiti | Kolej Swasta | Politeknik |
Asasi (Foundation) | Kolej Matrikulasi KPM | Kolej Pra Universiti | Baccalaureate | TVET | GIATMARA Malaysia | A.P.E.L. |

Universiti luar negara kampus Malaysia


Universiti luar negara kampus Malaysia ialah 'Universiti Awam' luar negara yang membuka 'cawangan' mereka di Malaysia. Kursus dan program yang ditawarkan adalah sama seperti kampus utama di luar negara. Bezanya ialah, belajar di Malaysia, dan kos pengajiannya sudah pastilah jauh lebih rendah berbanding dengan yuran pengajian di universiti induk di negara berkenaan.

Berikut adalah antara universiti awam luar negara kampus Malaysia:

  1. University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC), Semenyih, Selangor. Universiti Awam UK

  2. Monash University Malaysia Campus (Monash), Subang Jaya, Selangor. Universiti Awam Australia

  3. Curtin University Malaysia (Curtin), Miri, Sarawak. Universiti Awam Australia

  4. Swinburne University of Technology Sarawak Campus (Swinburne), Kuching, Sarawak. Universiti Awam Australia

  5. Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed), Iskandar Puteri (dulu Nusajaya), Johor. Universiti Awam perubatan UK. Pengajian dua tahun di Malaysia dan dua tahun lagi di UK.

  6. University of Southampton Malaysia Campus (USMC), Gelang Patah, Johor. Universiti Awam UK

  7. Heriot-Watt University Malaysia (HWUM), Putrajaya. Universiti Awam UK. Universiti kedua terbaik di Scotland.

  8. University of Reading Malaysia Campus (UoRM), Iskandar Puteri, Johor. Universiti Awam UK

  9. Xiamen University Malaysia Campus (XMUMC), Sepang, Selangor. Universiti Awam China yang pertama yang membuka cawangan di Malaysia.


TRIVIA

Polisi kerajaan Jepun tidak membenarkan pembukaan mana-mana kampus kawangan universiti luar negara. Akhbar Sinar Harian melaporkan pada 3 Disember 2018 yang memetik pendedahan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, bahawa Jepun mungkin membina universiti cawangan luar negara yang pertama di Malaysia. Namun universiti tersebut masih belum dibina hingga kini.

Monash University Malaysia yang dibuka dalam tahun 1998 di Bandar Sunway merupakan universiti negara luar yang pertama bertapak di Malaysia. SETARA ranking - 6 Stars (2017). Merupakan antara universiti swasta terbaik di Malaysia. Berada dalam kumpulan 60 university terbaik dunia (QS World Rankings 2020). Top 5 universiti perubatan swasta di Malaysia.

Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) ialah cawangan universiti awam UK yang terletak di Iskandar Puteri (dulu dikenali sebagai Nusajaya) di Johor Bahru. Ranking pertama dalam kumpulan Top 5 universiti perubatan swasta di Malaysia.

Heriot-Watt University Malaysia ialah 'Kampus Hijau' pertama di Malaysia. Berada dalam senarai 35 universiti terbaik seluruh UK (The Complete University Guide 2020). Ditubuhkan di UK dalam tahun 1821 sebagai institut mekanik pertama di dunia. Dinaikkan ke taraf universiti dalam tahun 1966. Dinobatkan sebagai International University of The Year (Good University Guide 2018). Universiti ke-314 terbaik di dunia, dan ke-38 terbaik di United Kingdom (QS World University Rankings 2020).

Heriot-Watt University Malaysia (HWUM), dibuka dalam tahun 2014 di Putrajaya. Kursus yang ditawarkan ialah Foundation Studies, Accounting, Actuarial Science, Business, Construction Management, Data Science, Energy, Engineering, Enterprise, Finance, Human Resource Management, Marketing, Project Management, Psychology, Quantity Surveying and Renewable Energy. Baru-baru ini HWUM menawarkan 'Women in Science and Engineering (WISE) Scholarship' khas untuk wanita tempatan yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang ditawarkan.


© mydiploma.net | 2022